Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    CIETAC tubuh Pusat Perbicaraan ASEAN, permudah timbang tara

    NANNING, 17 OGOS – Suruhanjaya Timbang Tara Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa China (CIETAC) menubuhkan pusat perbicaraan ASEAN di Nanning, ibu kota wilayah Guangxi, pada kelmarin.

    Penubuhan tersebut bertujuan mempermudah usaha penimbangtaraan, di samping menggalakkan syarikat serantau menyelesaikan pertikaian menerusi timbang tara.

    Ini juga sebagai inisiatif bagi memberi jaminan undang-undang kepada perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan China-ASEAN.

    Seiring dengan penguatkuasaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), usaha menyelesaikan pertikaian perniagaan dengan baik mengikut undang-undang serta menjaga kepentingan sah entiti pasaran secara adil menjadi agenda utama yang dihadapi negara anggota.

    Penyelesaian pertikaian menerusi timbang tara ialah kaedah yang menjimatkan kos dan lebih cekap, berbanding mengemukakan tuntutan mahkamah.

    Menurut Presiden Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) cawangan Guangxi, Wei Ran, penubuhan pusat perbicaraan itu akan membantu Guangxi membina pusat penimbangtaraan serantau untuk anggota RCEP, khususnya ASEAN.

    Beliau berkata penubuhan pusat itu juga akan menyumbang kepada pembentukan persekitaran perniagaan yang berlandaskan undang-undang serta bertaraf antarabangsa di kawasan serantau, dan mempermudah penimbangtaraan untuk menyelesaikan pertikaian. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...