Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    CIFIT ke-24 tawar peluang pelaburan, kerjasama global

    BEIJING, 26 OGOS – Pameran Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa China (CIFIT) ke-24 akan diadakan dari 8 hingga 11 September di Xiamen, wilayah Fujian, timur China, menurut kenyataan penganjur, hari ini.

    Bertemakan ‘Pelaburan Menghubungkan Dunia’, acara empat hari itu bakal menampilkan hampir 50 aktiviti padanan perniagaan dan jerayawara, mencerminkan komitmen China untuk meningkatkan kerjasama dan manfaat bersama, kata Timbalan Menteri Perdagangan, Ling Ji, pada sidang media.

    Ling berkata pameran kali ini akan memberi tumpuan kepada ‘Pelaburan di China’, yang bertujuan menawarkan peluang kepada syarikat asing untuk berinovasi dan memperkukuh kehadiran mereka di pasaran China.

    Sementara itu, CIFIT juga akan menampilkan segmen kerjasama pelaburan luar negara China, yang mempamerkan syarikat-syarikat utama dan zon kerjasama ekonomi serta perdagangan luar negara, menekankan pencapaian pelaburan China di peringkat antarabangsa.

    Pameran itu turut menawarkan 400 peluang pembiayaan yang merangkumi sektor seperti teknologi maklumat, kecerdasan buatan dan tenaga baharu.

    Ling berkata CIFIT akan memanfaatkan sepenuhnya peranan institusi kewangan melalui pelbagai aktiviti pelaburan kewangan yang dianjurkan.

    Beliau menambah ahli perniagaan dari lebih 90 negara dan organisasi antarabangsa telah mendaftar dalam acara tersebut. – Xinhua

    Kenderaan baharu dipamerkan semasa acara CIFIT ke-23 di Xiamen, Wilayah Fujian tenggara China, pada 8 September 2023. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda