SHANGHAI, 2 NOV – Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketiga dijadual membuka tirainya di Shanghai pada 4 November ini.
Kali ini, ruang pameran CIIE bertambah 14 peratus berbanding tahun lepas dan ia turut menarik penyertaan banyak syarikat terkemuka dunia untuk mempamerkan ratusan produk, teknologi dan perkhidmatan berprestij baharu mereka.
L’Oreal, jenama kosmetik popular dari Perancis, merupakan antara syarikat kosmetik paling awal menandatangani perjanjian menyertai CIIE kali ini.
Syarikat itu akan melancarkan lebih 100 produk baharu dalam ekspo tersebut, di samping memperkenalkan konsep penggunaan kosmetik lebih mesra pengguna China.
Dimaklumkan, pelbagai jenis peralatan automasi untuk kegunaan perindustrian yang dilengkapi teknologi canggih juga akan dipertontonkan oleh syarikat asing dalam CIIE tahun ini. – Bernama