Penampilan feminin anak usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B sejak kebelakangan ini rupanya disebabkan pengaruh rakan-rakan perempuan hasil kolaborasi menerusi lagu Raya GenZ.
Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, berkata, dia kini lebih gembira dapat menunjukkan sisi wanita dalam dirinya kerana sebelum ini lebih banyak berkawan dengan lelaki.
Kata Cik B, dia seronok dapat berkawan dengan anak usahawan Datuk Aliff Syukri iaitu Qadejah, penyanyi Alyssa Dezek dan Puteri Azzahra yang disifatkan lebih memahami perasaannya sebagai rakan.
“Kolaborasi ini membuatkan saya rasa seronok kerana selalunya saya hanya berkawan dengan lelaki sahaja.
“Sekarang ini saya dapat kawan perempuan jadi saya boleh tunjukkan sifat kewanitaan.

“Tahun ini sangat seronok bagi saya kerana dapat berjumpa kawan seperti mereka (Qadejah, Alyssa dan Ara). Mereka faham perasaan dan isi hati saya,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Cik B memberitahu mereka berempat turut mempunyai grup WhatsApp bagi memudahkan untuk berkomunikasi.
Kongsi Cik B, mereka juga saling memberi sokongan terhadap kerjaya masing-masing dan berharap agar ikatan persahabatan ini kekal selamanya.
“Kami sekarang sudah ada grup WhatsApp. Grup itu tak pernah sunyi kami memang selalu berhubung.
“Hari-hari kami tengok live di TikTok, kami saling memberi sokongan antara satu sama lain.
“Saya harap persahabatan ini dapat dikekalkan sampai bila-bila,” ujarnya. – Agensi