Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cincin kahwin Lily Collins lesap

    Pelakon Lily Collins berputih mata apabila cincin pertunangan dan perkahwinan miliknya hilang ketika sedang melakukan rawatan spa di sebuah hotel di West Hollywood.

    TMZ melaporkan aktres berkenaan menanggalkan dua cincin tersebut dan disimpan di dalam loker sebelum memulakan sesi perawatan di spa berkenaan.

    Tak cukup dengan itu, barang elektronik miliknya juga lesap.

    Susulan kejadian itu, Lily terpaksa menanggung kerugian sebanyak AS$10,000 disebabkan kejadian tersebut.

    Sementara itu, Timbalan Syerif Daerah Los Angeles memberitahu bahawa pihaknya masih menyiasat mengenai insiden itu dan masih belum ada sebarang tangkapan dibuat.

    Malah pihak polis berkata, siasatan awal mendapati tiada tanda pecah masuk di tempat penyimpanan barang.

    “Cincin perkahwinan mempunyai nilai sentimental. Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi saya,” katanya. – Agensi

    Polis masih menyiasat tentang kehilangan cincin Lily. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda