Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cinta 4 tahun IU dan Jang Kiha berakhir

    HUBUNGAN cinta di antara penyanyi IU dan Jang Kiha selama empat tahun berakhir dengan perpisahan. Dipetik dari Koreaboo melaporkan pihak pengurusan IU turut mengesahkan perkara itu namun memberitahu mereka kekal sebagai kawan baik.

    “Benar mereka berpisah baru-baru ini kerana tiada lagi persefahaman di antara mereka.

    “Bagaimanapun mereka tetap kekal sebagai kawan baik,” kata kenyataan yang dikeluarkan berhubung isu itu.

    Sebelum ini, berita percintaan mereka tersebar luas dan IU tampil mengakui perkara itu selain mendedahkan dia jatuh cinta kepada lelaki berkenaan.

    “Saya jatuh cinta kepada Jang Kiha pada pandangan pertama dan dia adalah seorang lelaki yang sangat baik,” katanya.

    Percintaan selama empat tahun di antara IU dan Jang Kiha berakhir.
    Percintaan selama empat tahun di antara IU dan Jang Kiha berakhir.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda