Cinta Camila, Shawn terlerai

Selepas dua tahun menjalin hubungan cinta, penyanyi Camila Cabello akhirnya umumkan berpisah dengan kekasihnya, Shawn Mendes.

Berita yang dikongsikan di Instagram masing-masing pada Khamis cukup mengejutkan para peminat pasangan ini.

Mereka menyatakan tidak lagi menjalani hubungan romantik walaupun masih saling menyayangi antara satu sama lain.

“Hai semua, kami memutuskan untuk menamatkan hubungan percintaan romantik kami, namun rasa sayang antara kami sebagai manusia lebih kuat berbanding sebelumnya.

“Kami memulakan hubungan sebagai kawan baik dan akan terus menjadi kawan baik. Kami sangat menghargai sokongan awda daripada awal. Camila dan Shawn,” tulis mereka.

Shawn dan Camila mula menjalinkan hubungan cinta pada Julai 2019.

Kedua-dua penyanyi ini juga pernah merakamkan lagu bersama bertajuk I Know What You Did Last Summer dan Senorita. – Agensi

Selepas dua tahun menjalin hubungan cinta, Camila Cabello akhirnya umumkan berpisah dengan kekasihnya, Shawn Mendes. – Agensi