Cinta disulam Park Gyuri, Ja Ho terlerai

Hubungan cinta bekas anggota kumpulan KARA iaitu Park Gyuri de-ngan teman lelakinya yang dikenali sebagai Song Ja Ho sudah berakhir.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan Creative Kkot mengesahkan pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah baru-baru ini.

Bagaimanapun pihak mereka enggan berkongsi butiran lanjut kerana menganggap penyebab perpisahan tersebut terlalu peribadi. Untuk rekod, Park Gyuri pertama kali berkongsi mengenai hubungan cinta dia dengan Song Ja Ho pada 2019. – Agensi