Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cinta Hyun Bin, Ye-Jin bawa ke jenjang pelamin

    Pasangan selebriti popular Korea Selatan Hyun Bin dan Son Ye-Jin kini bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup pada Khamis.

    Pasangan tersebut telah berkongsi majlis gembira dan mengeluarkan foto-foto pra-perkahwinan melalui agensi masing-masing. Kedua-dua selebriti membintangi filem The Negotiation dan drama Crash Landing On You.

    Selepas beberapa kali dilihat bersama, mereka secara terbuka mengakui bercinta pada Januari 2021.

    Pada Februari lalu mereka mengumumkan bakal berkahwin.

    Seperti dipetik Soompi, agensi memaklumkan pasangan itu akan mengadakan majlis perkahwinan mereka pada Khamis.

    “Majlis ini akan diadakan secara tertutup dengan mengambil kira situasi dengan COVID, jadi kami memohon pengertian awda semua.

    “Kami berkongsi berita itu dengan gambar perkahwinan mereka.”

    “Kami merakamkan rasa terima kasih yang mendalam atas sokongan yang dihantar kepada mereka untuk permulaan kehidupan baharu,” ujar agensi. – Agensi

    Hyun Bin dan Son Ye-Jin kini sah suami isteri dalam majlis tertutup baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda