DAPATKAH anda jatuh cinta dengan seseorang yang anda belum pernah temui? Musim panas akan berakhir dan Keeley, seorang gadis yang akan memulakan pengajiannya dalam tahun akhir. Untuk itu, Keeley merayakan penghujung percutian musim panasnya bersama rakan baiknya Nicky dan kembar lelakinya Zach di sebuah pesta keramaian.
Di pesta keramaian itu, Keeley mendapati bahawa telefon bimbitnya telah hilang, akan tetapi setelah berusaha mencarinya seketika dia telah berjaya mencari semula telefonnya. Sekurang-kurangnya itulah yang dipercayainya.
Pada malam itu, Keeley telah mendapat panggilan daripada seseorang yang tidak dikenalinya menyatakan bahawa mereka telah tertukar telefon pada pesta tersebut. Pemilik telefon itu telah pergi untuk menyertai kem latihan bola sepak selama seminggu, oleh yang demikian mereka tidak dapat menukar kembali telefon mereka, sementara itu mereka berjanji akan saling menghantar teks pesanan dan panggilan telefon masing-masing kepada telefon yang mereka pegang pada ketika ini.
Talon adalah pemilik telefon yang dipegang oleh Keeley. Dia adalah seorang yang angkuh, namun bagi Keeley, Talon juga adalah seorang yang lucu. Talon sering sedia mendengarkan apa yang Keeley ingin katakan lebih daripada sesiapapun dalam hidup Keeley.
Berhubungan dengan Talon, Keeley merasakan dia boleh menjadi dirinya yang sendiri seperti yang diidamkannya, lebih daripada hanya sebagai seorang kembar perempuan pendiam kepada seorang lelaki yang sangat popular di sekolahnya.

Tidak lama kemudian, kedua mereka mula saling tertarik dan jatuh hati. Sehinggalah Talon mendapat tahu bahawa Keeley adalah kembar kepada musuh ketatnya yang menjadi kapten kepada pasukan bola saingan sekolahnya. Permusuhan mereka bukan sekadar hanya di atas padang bola, malah lebih daripada itu.
Apakah yang akan terjadi di antara Talon dan Keeley, lebih-lebih lagi apabila Zach mendapat tahu mengenai perhubungan mereka?