Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cinta Lee Jae Wook dan Karina hanya bertahan 5 minggu

    Percintaan selebriti Lee Jae Wook dan anggota kumpulan Aespa, iaitu Karina berakhir dengan perpisahan selepas lima minggu mengumumkan hubungan mereka secara terbuka, lapor mStar.

    Berita tersebut disahkan pihak pengurusan kedua-dua pelakon berkenaan yang memaklumkan pasangan itu secara rela hati menamatkan hubungan mereka.

    “Jae Wook memilih berpisah kerana mahu memberi tumpuan kepada projek yang akan datang.

    “Mereka akan kekal sebagai kawan dan menyokong antara satu sama lain,” katanya.

    Bagaimanapun, peminat percaya pasangan itu mengakhiri hubungan mereka kerana sering menerima komen jahat warganet yang tidak senang melihat hubungan mereka.

    Malah ramai meminta mereka berpisah kerana merasakan Jae Wook dan Karina tidak sepadan.

    Sebelum ini, Jae Wook dan Karina mula rapat apabila bertemu dan jatuh cinta ketika sama-sama menghadiri Minggu Fesyen Milan pada Januari lalu.

    Percintaan mereka semakin hangat diperkatakan apabila kedua-dua mereka dilihat menghabiskan waktu bersama di Seoul, Milan dan Itali. – Agensi

    Jae Wook dan Karina bawa haluan masing-masing. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda