PANAS membahang, aku mendongak ke langit sebaik saja keluar dari kereta. Langit cerah membiru hanya beberapa tompok putih awan menghiasi langit biru. Panas cahaya matahari terasa pedih kulit muka dan buat aku rasa cepat dahaga. Aku meninggalkan kereta yang sudah berkunci di hadapan restoran, melangkah masuk ke dalam restoran yang berkonsepkan Melayu moden. Aku memilih