ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
OLIVIA Clayton telah menguasai cara-cara untuk berada di atas dengan memijak orang lain. Olivia bersama rakan baiknya Adrienne bersama-sama menguasai rakan-rakan sebaya mereka di pekan kecil itu melalui ugutan dan manipulasi.
Setelah Olivia mengalami tragedi keluarga dan mendapati bahawa teman lelakinya menjalinkan hubungan gelap bersama Adrienne, Olivia ingin berubah. Akan tetapi Olivia tidak dapat melupakan dendamnya terhadap Adrienne dan dia berhasrat untuk membalasnya.
Dengan menggunakan helah-helah lamanya, Olivia berjaya meyakinkan jejaka yang menjadi pujaan ramai Whit DuRant untuk menjadi tutor SATnya dan juga menyamar sebagai teman lelakinya.

Akan tetapi apabila lakonan menjadi terasa seperti benar, Whit terperangkap dalam perang di antara Olivia dan Adrienne.
Olivia mungkin menghancurkan segala yang dipegangnya namun kali ini dia tidak mahu mengalah, lebih-lebih lagi jika dia akan kehilangan Whit, satu-satunya yang tinggal bagi dirinya.
Untuk mengetahui kisah selanjutnya, sila dapatkan novel How to Break a Boy karya Laurie Devore.