Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cinta mesti sampai dapat

    Oleh Salina M.S –

    SINOPSIS

    Salima pertama kali suka Kamal ketika minggu orientasi. Jejaka itu dirasai jodoh daripada Tuhan. Jejaka yang lahir tahun monyet dalam elemen monyet air. Tiada kena-mengena dengan air monyet. Salima juga lahir tahun monyet. Horoskop Cina menyatakan, pasangan yang sesuai untuk Salima ialah monyet juga. Bukan monyet yang bergantungan di dahan-dahan pokok. Tetapi, jejaka yang lahir tahun monyet juga.

    BAB 2 – MINGGU ORIENTASI (FLASHBACK)

    Beberapa minggu sebelum bermula kursus kejururawatan, pelajar jururawat dimestikan hadir dalam minggu orientasi dan suai kenal.

    “Kita duduk bersebelahan lagi rupanya.“ Salima teruja.

    Pandangan Salima tepu menatap wajah Kamal. Sungguh jejaka itu dirasai jodoh daripada Tuhan.

    Memang perasaan!

    Gambar Unsplash
    Gambar Freepik

    “Yakah?” soal Kamal selamba. Macam bantal busuk dibaling-baling.

    Sejak pagi, Salima dan Kamal sering terpilih untuk berpasangan dalam minggu suai kenal itu. Tidak patut kebetulan-kebetulan itu tidak terperasankan oleh Kamal. Atau, Kamal sengaja buat-buat tidak perasan.

    “Kalau kita kena suruh jadi pasangan lagi, macam mana pendapat kamu?” Tiba-tiba, Salima bertanya ala-ala mengharap gitu.

    Kesian betul Salima ini. Besarlah harapannya supaya gayongnya bersambut. Gayongnya apa? Yalah, gayongnya yang penuh dengan harapan itu.

    Hakikatnya, Kamal tidak pernah berminat langsung terhadap Salima. Dia sekadar melaksanakan tuntutan minggu orientasi sahaja.

    Ah, bohong! Lelaki kalau hati mereka sudah suka memang susah mahu mengaku. Dasar ego.

    Ego apa pula? Kamal memang tidak menaruh hati pun terhadap Salima. Betul! Segelumit pun tidak. Apatah lagi, seluas stadium negara. Semua itu, tiada kena-mengena dengan wajah Salima yang tidak sehodoh mana itu. Ia cuma soal hati.

    Personaliti Kamal dan Salima memang sangat jauh berbeza. Bagai langit dengan bumi.
    Kamal seorang jejaka cool atau tenang 24 jam.

    Manakala, Salima bersikap kadang becok, kadang diam. Personaliti ambivert. Lahir tahun monyet. Di bawah elemen air. Jadinya, dalam kategori monyet air. Tiada kena-mengena dengan air monyet.

    Menurut ramalan horoskop Cina, personaliti pasangan paling sesuai buat Salima ialah monyet juga. Bukan monyet yang bergayutan di dahan-dahan pokok. Tetapi, jejaka yang lahir tahun monyet juga.

    Mengarut!

    “Kita jadi sajalah. Tak ada masalah,” balas Kamal sempoi.

    Entah, kenapa Kamal cakap begitu. Tapi, memang dia malas hendak memperpanjang cerita yang sememangnya pendek itu.

    “Tapi, kita jadi pasangan berpakaian kertas ni, apa kamu tak malukah?” Soal Salima taksub.

    Taksub?

    Ya, taksub! Apatah lagi setelah mengetahui, Kamal lahir tahun monyet. Di bawah elemen monyet air lagi.

    Jadi maksudnya? Maksudnya, Salima taksub untuk memiliki hati monyet? Bukan hati monyetlah. Taksub untuk memiliki hati Kamal. Taksub ingin menjadikan Kamal teman istimewa. Rakan berbincang dan bertukar-tukar fikiran.

    “Minggu orientasi saja. Hendak malu apa. Lepas dua minggu nanti, kita jadi macam biasa juga,” jelas Kamal selamba ‘batu’.

    “Kalau kita selalu macam ni…”

    Tiba-tiba, ayat mengharap Salima terhenti mendadak. Sejurus disergah tegas oleh ketua pelajar jururawat senior.

    “Salima… Kamal…kamu berdua sudah siapkan pakaian pengantin?” tanya ketua pelajar jururawat senior.

    Menyentuh sedikit cerita mengenai ketua pelajar jururawat senior itu. Sebenarnya, ramai pelajar tidak sukakan si ketua itu. Sebab, dia sombong. Mentang-mentanglah bapa dia pegawai tertinggi jururawat di hospital besar itu.

    Huh, tidak besar mana pun hospital itu!

    “Belum,” jawab Salima dan Kamal serentak pada pertanyaan ketua pelajar jururawat itu.

    Mereka berpandangan antara satu sama lain. Salima tersipu lebih-lebih. Kamal, biasa-biasa sahaja.

    “Yalah. Memang seronok pun!” respons Kamal lambat pada pertanyaan Salima yang terpotong tadi iaitu pertanyaan; kalau kita selalu macam ni…

    Sudahlah jawab lambat, tonasi nada lontaran Si Kamal itu macam melepaskan batuk di tangga.

    Kamal beredar ke meja ketua pelajar jururawat senior.

    Salima pun mengambil peluang keemasan memandang Kamal yang beredar ke meja ketua pelajar jururawat senior itu. Dia mengintai ciri-ciri lelaki seperti dalam horoskop Cina yang dibacanya suatu waktu dahulu.

    Sungguh kekacakan Kamal itu sukar diperbandingkan dengan lebih tujuh bilion penduduk bumi.

    Meskipun Kamal tidaklah sekacak pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan. Kalau digandingkan Kamal dengan Shah Rukh Khan, umpama langit dengan bumi. Tidak digandingkan pun sudah tahu. Ratio undian, 1:1,000,000. Undian 1,000,000 pasti milik Shah Rukh Khan.

    Kamal kembali ke meja tadi di mana Salima sedang menunggu dan berpura-pura khusyuk memikirkan mengenai fesyen pakaian pengantin terkini dari fabrik kertas, surat khabar lama.

    Surat khabar lamaaa.

    Kamal kembali ke meja. Lalu meletakkan surat khabar lama yang diambilnya dari meja ketua pelajar jururawat senior tadi.

    Surat khabar itu untuk membuat pakaian pengantin olok-olok. Ianya adalah salah satu aktiviti dalam minggu orientasi dan suai kenal itu. Ketua pelajar jururawat senior itulah yang empunya idea. Sungguh mengarut idea itu. Sampaikan membuat Salima timbul perasaan cinta terhadap si Kamal.

    Ya yalah, cinta syok sendiri!

    “Kamu suka aku?” tanya Salima mendadak terus terang.

    Alamak!!! Malunyaaa.

    Salima patut pakai ayat pick up line;

    You suka iphone?

    Suka!

    I pun suka you.

    Chia chia chiaaa.

    Sayangnya, Salima memang tidak pandai ber’chia chia chiaaa’. Salima jenis suka cakap direct.

    Kamal hanya tersenyum. Tersenyum atas pertanyaan Salima tadi, iaitu pertanyaan Kamu suka aku?

    Malah, pandangan Kamal tetap fokus pada contoh reka bentuk pakaian pengantin yang terbentang di atas meja panjang itu. Pakaian pengantin olok-olok. Direka dari surat khabar lama.

    Surat khabar lamaaa.

    Malah, Salima telah menterjemahkan senyuman jejaka itu sebagai penyataan ‘suka’.

    Suka?

    Ya suka!

    Huh, memang menakutkan!

    Apa pula menakutkan?

    Salima sudah suka. Salima punya suka, lah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda