Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Cinta tanpa restu

    Aku tak pernah sangka, jatuh cinta dengan orang luar akan jadi serumit ini. Kami kenal waktu dia bekerja sementara di sini.

    Asalnya hanya kawan biasa, lama-lama hati jadi rapat. Dia baik, jujur dan hormatkan aku. Tapi bila aku perkenalkan dia pada keluarga, semuanya berubah.

    Semua ahli keluarga aku tak restui hubungan kami dan mereka anggap hal ini akan menghancurkan budaya dan adat sebagai orang Melayu. Aku dah buat macam-macam cara.

    Tapi mereka tak nampak hati budi dia. Mereka cuma nampak dia tak berasal dari sini. Tak ada pangkat, tak ada ‘darah Brunei’. Sedangkan aku cuma nak bahagia.

    Aku dah buat macam-macam cara untuk cuba pujuk mak ayah. Cuba yakinkan mereka. Tapi setiap kali aku sebut nama dia, wajah mereka berubah.

    Gambar Freepik

    Aku tersepit antara cinta dan tanggungjawab. Antara ikut hati, atau jaga hati keluarga.

    Kadang aku terfikir, salah ke aku mencintai orang yang bukan dari sini? Salah ke kalau kami saling ikhlas dan menghormati?

    Aku jadi serba salah, sayang untuk melepaskan tapi rasa berdosa jika ingkar amaran ibu bapa aku.

    Mungkin sesetengah orang akan anggap benda ni hanya sementara sahaja tapi bagi aku tak, aku tahu dia ikhlas dan bertanggungjawab.

    Dia tak pernah minta lebih. Cuma peluang. Tapi sampai hari ini, restu itu masih belum datang.

    Aku makin tawar hati dan makin takut, cinta kami akan jadi satu lagi kisah yang tak kesampaian.

    Khalisya

    NASIHAT DANG MP

    Dang dengar dan faham betapa berat beban yang sedang Khalisya tanggung. Cinta yang lahir dari keikhlasan, yang dibina atas rasa hormat dan pengertian, sepatutnya menjadi sumber kekuatan dan kebahagiaan. Tapi apabila ia bertembung dengan tembok adat, keluarga dan persepsi masyarakat, segalanya jadi rumit dan memenatkan.

    Awda tersepit antara dua dunia: satu dunia yang awda impikan bersama dia, dan satu lagi yang membentuk siapa diri awda hari ini.

    Bukan salah awda untuk mencintai seseorang dari luar. Rasa sayang tak kenal sempadan.

    Tapi dalam budaya kitani, restu keluarga masih dianggap asas dalam membina rumahtangga. Dan apabila restu itu tidak hadir, ia bukan sekadar mencetus rasa kecewa, tapi turut menggoncang kepercayaan diri.

    Dang percaya, apa yang awda perjuangkan bukan cinta buta tetapi cinta yang awda yakini ikhlas dan bertanggungjawab. Malangnya, kadang-kadang kebaikan seseorang tidak mudah dilihat oleh mata yang sudah dikelabui oleh tradisi atau ketakutan terhadap yang ‘berbeza’.

    Mungkin belum tiba masanya hati mereka terbuka.

    Awda tak perlu buat keputusan tergesa-gesa. Beri masa pada diri dan juga keluarga.

    Teruskan berdoa dan berusaha, tapi jangan abaikan suara hati awda sendiri.

    Tunjukkan bahawa adat dan budaya kehidupan teman Khalisya tiada banyak bezanya dengan adat dan budaya Melayu. Jika cinta itu tulus dan kuat, ia akan cari jalan untuk bertahan – sama ada dengan restu hari ini, atau hikmah yang akan jelas suatu hari nanti.

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    ADB lulus pinjaman AS$330 juta naik taraf grid tenaga Pakistan

    ISLAMABAD, 21 NOV - Pakistan akan menerima pinjaman berjumlah...

    Teroka peluang kerjasama dalam bidang onkologi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV - Pusat Kanser Brunei...

    Mahkamah umum tarikh sebutan semula kes mekanik bunuh kanak-kanak

    KUCHING, 21 NOV - Mahkamah Majistret hari ini menetapkan...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...