Penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir, menyangkal tanggapan konon keengganannya menghasilkan album selepas kemunculan Rojak sebagai petanda bakal bersara daripada arena muzik. Menurut Faizal atau nama lengkapnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 41, bidang itu masih menjadi kecintaannya, malah dia akan tetap menghasilkan lagu selagi diperlukan. “Ramai orang menyangka saya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia