Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    CIPTA DPMM 2023 dilancarkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Inovasi merupakan kunci utama kepada Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota (CIPTA DPMM) di mana CIPTA 2023 membawa tema ‘Inovasi bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs)’, mempromosikan inovasi berasaskan kepada 17 elemen SDGs Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dapat menyumbang ke arah manfaat sosial, pemuliharaan alam sekitar dan kemakmuran ekonomi, untuk melindungi asas kehidupan semula jadi dan bumi kita dengan lebih bagi untuk semua.

    Pada masa yang sama, ia juga dapat memelihara peluang semua untuk hidup dalam maruah dan kemakmuran merentas generasi, jelas Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB), Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dalam kata alu-aluannya pada Majlis Pelancaran Anugerah CIPTA DPMM 2023 yang berlangsung di Dewan Royal Berkshire, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran anugerah CIPTA 2023 ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman.

    Turut hadir hadir ke majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Setiausaha Tetap (Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG Sdn Bhd, Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib yang juga pengerusi bersama Jawatankuasa Eksekutif CIPTA 2023.

    Dalam kata alu-aluannya lagi, Profesor Dr Hajah Zohrah berkata bahawa UTB memberikan sokongan kepada elemen-elemen SDGs melalui pelbagai kolaborasi penyelidikan yang sedang berjalan dengan kerajaan dan industri seperti SDG 11 iaitu Sustainable Cities and Communities dengan penyelidikan bagi Relay Station Network based on Low-Power Wide Area Network (LPWAN) Technologies bagi pengurusan bencana oleh Centre for Innovation Engineering (CIE) dan SDG 13 Climate Action dengan penyelidikan mengenai sumber tenaga pasang surut di perairan Brunei.

    Majlis diteruskan dengan pelancaran CIPTA 2023 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah yang juga berpeluang untuk menyaksikan serta diberikan penerangan oleh para pemenang CIPTA lalu dalam pameran yang disediakan.

    CIPTA 2023 merupakan edisi ke-10 bagi pertandingan dua tahun sekali itu yang dianjurkan oleh UTB dengan kerjasama penaja utama, Brunei LNG Sdn Bhd (Brunei LNG).

    Pertandingan CIPTA 20-23 mengalu-alukan inovator berwawasan dari Brunei Darussalam dan negara-negara ASEAN yang lain untuk berinovasi dan mencipta produk-produk yang berkisar sekeliling 17 elemen SDGs untuk menyediakan penyelesaian berintegrasi bagi menyahut cabaran-cabaran yang dihadapi dunia serta untuk memastikan keterangkuman dalam kalangan masyarakat global.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah semasa diberikan penerangan dan menyaksikan dengan lebih dekat pameran pemenang-pemenang CIPTA yang lalu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda