Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cipta logo Sidang Kemuncak ASEAN 2021

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan mencipta logo Sidang Kemuncak ASEAN 2021 bolehlah mengambil borang penyertaannya yang dibukakan bermula esok, 20 Februari.

    Pertandingan itu bersempena Negara Brunei Darussalam akan mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN tahun hadapan.

    Pemenang pertama bagi pertandingan itu akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah $3,000 manakala hadiah sagu hati bernilai $300 juga akan diberikan kepada empat peserta.

    Borang penyertaan boleh didapati di Tingkat 2, Bangunan Jabatan Penerangan, Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas dengan tarikh tutup menghantar borang tersebut pada 21 Mac jam 4:30 petang.

    Untuk pertanyaan lebih lanjut, pihak yang berminat bolehlah menghubungi Jabatan Penerangan di talian 2383400 semasa waktu bekerja atau e-mel di aseansummit2021@information.gov.bn

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda