Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Cipta miniatur bersejarah guna 158kg perak

    CHINA – Seorang tukang berasal dari Hebei, Qian Haiqiang mencipta miniatur Pavilion Tengwang, salah satu daripada empat menara besar China di wilayah Jiangxi, dengan menggunakan 158 kilogram perak yang mengambil masa selama lima tahun.

    Pavilion Tengwang mini tersebut mempunyai empat tingkat dan bumbung gaya Asia Timur tradisionalnya memiliki 1.8 meter panjang, 1.7 meter lebar dan 1.6 meter tinggi.

    Kedua-dua gaya dan komponennya termasuk cucur atap, kasau, gerbang, stigma, tiang dan plak mendatar dibuat mengikut pembinaan Dinasti Song (960-1279). Ini juga termasuk beberapa haiwan daripada mitos Cina purba pada bumbung gaya hip-and-gable.

    Menurut Qian, model itu mempunyai 320 pintu dan tingkap, dan setiap pintu boleh dibuka.

    Semua pintu dan tingkap terdiri daripada 75 bunga enam kelopak, setiap satunya terdiri daripada enam bahagian segi tiga. Pintu masuk utama di bawah plak boleh dibuka, dan tiang di pavilion dapat dilihat melalui pintu dan tingkap.

    “Berbanding Pavilion Teng-wang yang sebenar, membuat versi miniatur ini tidaklah semudah itu.

    Semua bahagiannya sangat kecil sehingga awda mesti berhati-hati, jika tidak, akan merosakkannya. Awda mesti bersabar dan tabah,” kata Qian.

    Qian telah mempelajari kraf kerawang emas dan perak daripada bapanya selama lebih 30 tahun sejak dia menamatkan pengajian di sekolah menengah. Dia akhirnya menonjol di kalangan perantis lain berkat usahanya.

    Pada 2016, Qian mempunyai idea untuk membina model perak Pavilion Tengwang pada nisbah 1: 36 menggunakan kraf kerawang emas dan perak. Kata tukang itu, kerawang emas dan perak kurang diminati daripada golongan muda.

    Kraf ini telah menjadi warisan budaya tidak ketara perbandaran dan Qian mewariskannya kepada pelajarnya untuk warisan dan perlindungan yang lebih baik.

    Apa yang mereka warisi bukan sahaja kemahiran, tetapi juga budaya, kata Qian. – ANN/China Daily

    Qian Haiqiang memasang plak pada miniatur Pavilion Tengwang. – ANN/China Daily
    Gambar menunjukkan miniatur Pavilion Tengwang yang dibina Qiang Haiqiang menggunakan 158kg perak. – ANN/China Daily
    Rekaan halus miniatur Pavilion Tengwang yang begitu teliti dicipta oleh Qian Haiqiang. – ANN/China Daily

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...