Oleh Amri HTZ Meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping lebih mengenali peribadi mereka. Selain menonton program TV bersama, banyak lagi perkara yang boleh dilakukan seperti bermain permainan papan, membaca buku mahupun melakukan aktiviti kraf. Ketika mereka sesuatu projek, kerjasama berpasukan turut diterapkan yang setentunya amat berguna untuk mereka dewasa kelak.