Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cipta warna gincu kegemaran awda

    Oleh Nanako Sudo –

    TOKYO – Kesemua 50 botol pelbagai pigmen diletakkan di atas meja di sebuah kedai.

    Apabila sejumlah kecil pigmen biru ditambahkan pada pigmen berwarna merah dan emas, warna itu bertukar menjadi merah jambu terang yang menyerupai kelopak bunga mawar.

    Ini kedengaran seperti seorang pelukis mencipta warna baharu pada pelet, bagaimanapun, ia adalah proses untuk membuat gincu.

    Dengan semua sekatan COVID-19 ditarik balik, orang ramai mula kerap keluar tanpa memakai pelitup muka.

    Ketika semakin ramai wanita mula seronok memakai gincu semula, sebuah kedai khusus gincu bernama Lip Room di wilayah Shibuya, Tokyo, semakin meningkat popular kerana pelanggan boleh mencipta gincu yang ditempah khas.

    Seorang pekerja kedai menjelaskan undang-undang dan peraturan, seperti gincu buatan tangan hanya untuk kegunaan peribadi. – Yomiuri Shimbun
    Ayari Yanagida (kanan) dan kawannya menunjukkan gincu buatan sendiri di Shibuya pada 1 Oktober. Mereka mencampurkan pigmen yang dipilih daripada 50 warna. – Yomiuri Simbun
    Campurkan beberapa pigmen pilihan awda dengan balsam bibir. Gaulkan dengan teliti supaya menjadi sebati. – Yomiuri Shimbun
    Larutkan campuran dalam keadaan cair dalam air panas, tuangkan cecair ke dalam acuan gincu dan tunggu sehingga ia menjadi sejuk. – Yomiuri Shimbun
    Gambar Yomiuri Simbun

    Pengeluaran bermula dengan memilih pigmen yang akan dicampurkan untuk menjadi warna yang awda inginkan dan mencampurkan balsam bibir, bahan asas gincu, bersama dengan pigmen. Apabila warna telah dihasilkan, campuran yang kelihatan seperti tanah liat cair dituang ke dalam acuan.

    Setelah adunan menjadi pejal, masukkan campuran ke dalam bekas. Kemudian gincu pilihan awda sudah siap dan sedia digunakan. Awda boleh menambah wangian seperti bunga ros dan kelapa mengikut cita rasa awda.

    Berharap untuk menghasilkan gincu dalam warna musim luruh, Ayari Yanagida, 25, seorang pekerja syarikat, mengunjungi kedai itu bersama rakannya pada awal Oktober. Dia menghabiskan masa kira-kira sejam menikmati proses membuat gincu sementara menerima arahan daripada kakitangan kedai. “Saya menyukai gincu kerana saya yang membuatnya. Saya mahu menggunakannya dengan penuh bangga,” katanya dengan bangga.

    Kedai itu dibuka pada Ogos 2022 dengan ramalan bahawa, jika wabak COVID-19 telah berakhir dan jika orang ramai tidak lagi perlu memakai pelitup muka, permintaan untuk gincu akan meningkat.

    Malah, selepas status COVID-19 di bawah Undang-undang Penyakit Berjangkit diturunkan kepada Kategori V pada bulan Mei, bilangan pelanggan yang mengunjungi kedai itu meningkat dengan ketara.

    Atsuya Kawaura, 29, presiden syarikat yang mengendalikan kedai itu, berkata sambil tersenyum, “Saya harap orang ramai berseronok sambil menikmati solekan sepenuhnya selepas wabak itu.” – ANN/Japan News

    Cara-cara membuat gincu

    1. Pertama, campurkan beberapa pigmen pilihan awda dengan balsam bibir, bahan asas gincu.
    Caranya adalah dengan menggaul campuran dengan teliti agar menjadi sebati sepenuhnya.

    2. Larutkan campuran dalam keadaan cair dalam air panas, tuangkan cecair ke dalam acuan gincu dan tunggu sehingga ia sejuk.

    3. Sebaik sahaja gincu telah benar-benar menjadi pejal dalam acuan, masukkan ke dalam bekas gincu, dan gincu awda sudah siap dan boleh dipakai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda