Friday, November 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ciri keselamatan gagal berfungsi, punca nahas pesawat

    ADDIS ABABA, 25 DIS – Nahas pesawat Ethiopian Airlines Boeing 737-8 Max yang mengorbankan 157 orang pada 2019 berpunca daripada kegagalan ciri keselamatan pesawat, menurut pihak berkuasa Ethiopia dalam laporan akhirnya pada Jumaat.

    Pada 10 Mac 2019, pesawat ET 302 dalam perjalanan dari Addis Ababa ke Nairobi terhempas beberapa minit sejurus berlepas dan mengorbankan semua penumpang dan anak kapal, lapor Xinhua.

    Laporan akhir berhubung nahas itu menyimpulkan ia disebabkan oleh kegagalan ciri keselamatan, kata Menteri Pengangkutan dan Logistik Ethiopia, Dagmawit Moges.

    Sensor Left Angle of Attack (AOA) kapal terbang gagal berfungsi selepas berlepas dan mengakibatkan data yang rosak dihantar kepada sistem kawalan penerbangan.

    “Data yang salah itu seterusnya mencetuskan Manuvering Charac-teristics Augmentation System (MCAS) hingga menyebabkan juruterbang hilang kawalan,” Moges dipetik oleh Agensi Berita Ethiopia (ENA) sebagai berkata. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda