Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cita-cita Atletico jadi pertaruhan

    MADRID, 31 Okt – Diego Simeone menggesa skuadnya, Atletico Madrid untuk membuktikan bahawa mereka adalah dalam kalangan pasukan terbaik di dunia, menjelang perlawanan mesti-menang Liga Juara-Juara menentang Qarabag dari Azerbaijan.

    Atletico hanya mengutip dua mata daripada tiga perlawanan pembukaan Kumpulan C, meletakkan peluang mereka untuk mara ke peringkat 16 terakhir buat lima musim berturut-turut berada dalam bahaya.

    Chelsea mendahului kumpulan itu dengan tujuh mata, diikuti rapat oleh Roma dengan lima mata, dan kegagalan untuk mara akan menjadi tamparan besar ke atas kewangan dan prestij Atletico hanya lima bulan selepas berpindah ke Wanda Metropolitano yang bernilai 310 juta euro.

    “Anda selalu mahu meningkatkan permainan, menang dan mencapai objektif kelab,” kata Simeone.

    “Kami mahu meletakkan Atletico menjadi antara yang terbaik di dunia. Ia pasti teruk jika saya tidak bimbang.”

    Jurulatih Atletico, Diego Simeone mengawal bola ketika hadir dalam sesi latihan Atletico menjelang aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara menentang Qarabag. – AFP

    Di bawah tunjuk ajar Simeone, Atletico sudah mara ke final, separuh akhir dan suku akhir Liga Juara-Juara dalam empat musim kebelakangan ini, hanya tewas kepada pesaing bandar mereka, Real Madrid.

    Namun, ketumpulan Atletico di bahagian serangan telah menjejaskan pasukan itu dalam aksi Liga Juara-Juara dan La Liga setakat ini dan mereka melepaskan beberapa peluang keemasan apabila seri 0-0 di Roma dan Qarabaq.

    Kembalinya Diego Costa dari Chelsea dengan laporan rekod kelab 55 juta euro dijangka menyelesaikan masalah itu selepas penggantungan FIFA ke atas Atletico berakhir Januari 2018.

    Tetapi skuad Simeone perlu mengharungi perlawanan ini tanpa Costa untuk mara ke peringkat kumpulan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda