Cita Citata, Anwar BAB ‘selamat’ bernikah?

Perkongsian foto terbaharu penyanyi Cita Citata memakai busana pengantin dengan pelawak dan pengacara Anwar BAB di laman sosial menarik perhatian warganet.

Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi tersebut menulis kapsyen mengatakan dia akhirnya selamat juga bernikah dengan Anwar yang juga memuat naik foto yang sama.

Bagaimanapun, foto tersebut sebenarnya diambil ketika Cita Citata dan Anwar menjadi artis jemputan untuk acara perkahwinan di Balai Kartini, Jakarta pada baru-baru ini.

Pada awal Julai lalu, Cita Citata mendedahkan hubungan cinta dengan kekasihnya iaitu Roy Geurts yang terjalin sejak setahun lalu putus di tengah jalan.

Pasangan itu juga sepatutnya melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat bersetuju untuk tidak meneruskan rancangan itu atas sebab tertentu.

Sekitar April lalu, penyanyi lagu Sakitnya Tuh Di Sini itu memberitahu bekas kekasih ‘mat salih’ Roy Geurst memeluk agama Islam dan mereka merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Sejak hubungan cinta dengan bekas kekasih yang berasal dari Belanda itu, Cita Citata kerap memuat naik status di laman sosial seakan-akan memberi bayangan dia mahu melupakan kisah mereka. – Agensi

Foto penyanyi Cita Citata memakai busana pengantin dengan Anwar BAB tersebut sebenarnya diambil ketika mereka menjadi artis jemputan untuk acara perkahwinan baru-baru ini. – Agensi