Penyanyi Cita Citata yang dikhabarkan bakal bernikah dengan kekasihnya iaitu Didi Mahardika pada Khamis lalu terpaksa membatalkan hasrat tersebut susulan perlu menyelesaikan urusan lain.
Perkara tersebut dikongsi oleh wakil Ketua Pejabat Urusan Agama daerah Cilandak, Indonesia, Bunyamin yang memaklumkan Cita dan pasangannya tidak dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan.
Memetik laporan Suara, Bunyamin sebelum itu mengesahkan Cita sepatutnya bernikah sekitar pukul 10 pagi pada 15 September namun diberitahu penyanyi itu tidak dapat hadir ke pejabat agama.
“Cita Citata tidak dapat datang. Ada urusan di Bandung yang tidak boleh dielakkan.
“Kalau sudah ada waktu pelaksanaannya, Cita dan Mahardika akan mengundang rakan-rakan,” jelasnya. – Agensi
