Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Untuk menunjukkan penghargaan terhadap hubungan baik dengan wakil media tempatan, Pengarah Urusan Citis Square, Dato’ Victor Lai telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Restoran Arab Gawd Basha, Kampung Kiarong, kelmarin.
Majlis tersebut dihadiri oleh beberapa jemputan yang hadir untuk berbuka puasa bersama-sama.
Dalam ucapannya, Dato’ Victor Lai menyampaikan penghargaan yang tinggi dan terima kasih kepada semua wartawan media tempatan yang telah dijemput sebagai tanda menghargai hubungan baik, serta mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang meriah dan penuh keberkatan.


