BOURNEMOUTH, 26 OGOS – Pep Guardiola berkata kualiti tambahan Manchester City dalam serangan memberikan perbezaan ketika juara bertahan itu menang 3-1 di Bournemouth pada Ahad.
Sergio Aguero menyumbat dua gol untuk menambah gol kerjayanya kepada 400, manakala Raheem Sterling juga menemui sasaran dengan gol kelimanya dalam tiga aksi pembukaan Liga Perdana.
Kemenangan kedua City musim ini memastikan City di tempat kedua, kekal dua mata di belakang pendahulu Liverpool.
Guardioal yang mengakui pasukannya terpaksa bekerja keras untuk menang, mencanangkan penamat kejam City sebagai faktor penentu pada hari yang panas di Aguero, yang meletakkan City di depan pada minit ke-15 sebelum menambah gol ketiga City ketiga pada minit ke-64, mengakui dia tidak menyedari telah mencapai mercu tanda kerjaya.
Dalam pada itu, Guardiola juga memuji David Silva sebagai ‘salah seorang pemain terbaik’ pernah disaksikannya selepas pemain tengah Sepanyol itu menjadi inspirasi Manchester City pada kemenangan di Bournemouth di Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.
Silva yang juga kapten City terbabit dalam semua tiga jaringan yang membolehkan juara bertahan EPL itu mencatat kemenangan kedua dalam saingan musim ini.
Pemain berusia 33 tahun itu melakukan gerakan menarik buat Sergio Aguero dan Raheem Sterling malah ketiadaannya nanti pasti dirasakan apabila meninggalkan City pada peng-hujung musim. – AFP
