SOUTHAMPTON, United Kingdom, 31 Dis – Manchester City menunjukkan mereka bersedia untuk menerima cabaran Liverpool dalam perebutan gelaran Liga Perdana dengan kemenangan 3-1 menentang Southampton semalam.
Berikutan kekalahan kepada Crystal Palace dan Leicester, jurang antara juara Inggeris itu dan pendahulu Liga Perdana Liverpool terus melebar kepada tujuh mata menjelang pertemuan menentang Merseysiders di Stadium Etihad pada Khamis.
Tetapi mereka membenarkan Southampton kembali dalam permainan selepas mendominasi awal perlawanan, yang menggambarkan masih terdapat kerapuhan bagi Liverpool untuk terus mengeksploitasi.
David Silva meletakkan City di depan selepas 10 minit tetapi mereka melepaskan sejumlah peluang untuk menambah pendahuluan dan Pierre-Emile Hojbjerg menyamakan kedudukan pada minit ke-37.
Bagi tempoh itu, pasukan Pep Guardiola kelihatan rapuh tetapi jaringan sendiri James Ward-Prowse dan tandukan Sergio Aguero sebelum berakhir separuh masa pertama mengekalkan keyakinan mereka.

Kekecewaan pasukan Saints semakin teruk dengan kad merah dilayangkan bagi Hojbjerg selepas cabaran keras ke atas Fernandinho pada akhir perlawanan.
Pengurus Southampton, Ralph Hasenhuttl meletakkan kejutan dalam pasukan pilihannya dengan memberikan kemunculan bagi bekas pemain Chelsea, Kayne Ramsay, 18, di bahagian pertahanan.
City seharusnya berada didepan pada minit kelapan apabila Jack Stephens membenarkan Raheem Sterling untuk merampas kedudukan dan memberikan umpanan kepada David Silva. Tetapi pemain City itu cuba untuk terlalu bersahaja dengan kakinya dihalang oleh penjaga gol, Alex McCarthy.
Tetapi Saints juga mungkin meletakkan pendahuluan yang lebih mengejutkan selepas lapan minit apabila hantaran mengejut Mohamed Elyounoussi ke atas pertahanan City menghantar Charlie Austin di depan.
Sentuhan pertama Austin begitu mengejutkan apabila melepaskan rembatan tepat ke dakapan Ederson. Sebaliknya daripada menjaringkan gol, pasukan tuan rumah terus ketinggalan di belakang dengan perlawanan berbaki satu minit. – AFP