Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Citizens berpesta gol, Mahrez temui hatrik

    MANCHESTER, 29 NOV – Manchester City menjaringkan lebih banyak gol selepas menamatkan kemarau jaringan dengan membelasah Burnley 5-0 untuk bangkit menjadi pencabar utama gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

    Riyad Mahrez menjaringkan hatrik dalam kemenangan semalam menentang Burnley untuk bangkit kembali memburu gelaran.

    Pasukan Pep Guardiola telah menjaringkan hanya tujuh gol dalam tujuh perlawanan liga sebelum ini dan berada di tangga ke-14 di liga sebelum perlawanan.

    Tetapi untuk kunjungan keempat berturut-turut ke Stadium Etihad, Burnley bolos lima kali dan City meraih enam mata, sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Liverpool.

    Mahrez adalah seorang daripada empat perubahan yang dilakukan oleh Guardiola dari kemenangan 1-0 menentang Olympiakos pada pertengahan minggu lalu yang menempa tempat ke peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara dengan Raheem Sterling berada di bangku simpanan.

    Pemain Algeria itu membuka jaringan di awal perlawanan pada minit ke-6 menerusi hantaran Kevin De Bruyne. Mahrez kemudian menggandakan kedudukan untuk jaringan keduanya dengan melakukan rembatan melalui hantaran Kyle Walker.

    De Bruyne sebelum ini direhatkan pada perlawanan pertengahan minggu lalu dan pemain Belgium itu kembali ke tahap terbaik dengan membuat hantaran kepada Benjamin Mendy untuk menjaringkan gol pertamanya bersama City. – AFP

    Aksi Riyad Mahrez bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya pada perlawanan antara Manchester City dan Burnley di Stadium Etihad semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda