Citizens mara perlawanan akhir Piala Liga

MANCHESTER, ENGLAND, 30 JAN – Pep Guardiola mengeluarkan rasa emosinya di tepi padang dan meletakkan kepalanya di tangannya selepas melihat pemain Manchester City mensia-siakan peluang.

Dengan beberapa minit sahaja lagi dalam semifinal Piala Liga Inggeris dua pusingan perlawanan menentang Manchester United itu, City mendapatkan tempat pada perlawanan akhir.

Tuan rumah City hanya kalah dengan 1-0 kepada United pada perlawanan semalam, United gagal menghentikan City dan City berjaya mendapatkan peluang untuk memenangi pertandingan untuk musim ketiga berturut-turut pada 1 Mac menentang Aston Villa di Stadium Wembley, London.

City menang agregat 3-2, terima kasih kepada perlawanan pusingan babak pertama yang cemerlang di Old Trafford tiga minggu lalu apabila semua jaringan gol dalam minit ke-38 perlawanan.

“Kedua-dua perlawanan, kami lebih baik,” kata Guardiola.

Reaksi Aguero ketika melakukan percubaan menjaringkan gol tetapi berjaya diselamatkan David de Gea pada perlawanan di Stadium Etihad. – AP

“Saya sangat berpuas hati dengan pemain.” Ia tidak kelihatan City mensia-siakan peluang.

“Saya tidak dapat benar-benar memahami bagaimana kami kalah perlawanan ini,” kata pemain tengah City, Kevin De Bruyne.

City akan menjadi pasukan kegemaran menentang Villa selepas memenangi perlawanan Liga Perdana antara kedua pasukan 6-1 bulan ini. Sementara Villa berada di zon penyingkiran di liga.

Villa berjaya mara ke perlawanan akhir dan mengejutkan ramai pasukan selepas mengalahkan Leicester 2-1 dan menang 3-2 pada agregat. Meskipun Leicester beraksi lebih baik, tetapi kalah di semifinal itu dan City berharap akan menang dengan mudah.

Nemanja Matic yang menjaringkan gol kemenangan United pada minit ke-35, telah diarah keluar padang pada minit ke-76 kerana dilayangkan kad kuning kedua. Fred mempunyai peluang terakhir United untuk menjaringkan gol yang akan membawa perlawanan itu ke penentuan penalti tetapi gagal.

United boleh sekurang-kurangnya bangga dengan menewaskan jirannya buat kali kedua dalam musim ini. – AP