Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Citizens pantang menyerah kalah

    MANCHESTER, 22 OKT – Manchester City kembali bangkit untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas Porto untuk memulakan kempen Liga Juara-Juara mereka, meskipun Pep Guardiola mengatakan akan berdepan jadual perlawanan yang melelahkan.

    City akan menghadapi 17 perlawanan lagi pada tahun 2020 dengan keenam-enam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selama tujuh minggu selepas perlawanan antarabangsa November ini. Pasukan Guardiola telah bergelut untuk memasuki musim ini dengan pra-musim yang pendek berikutan jangkitan COVID-19 dan beberapa kecederaan pemainnya.

    City terpaksa beraksi tanpa Kevin De Bruyne yang cedera, berjuang untuk memenangi Liga Juara-Juara yang sulung setelah jaringan Luis Diaz meletakkan pasukan pelawat di depan pada separuh masa pertama.

    Sergio Aguero menyamakan kedudukan menerusi jaringan penalti tujuh minit kemudian dan setelah separuh masa kedua, jaringan dari sepakan percuma Ilkay Gundogan dan Ferran Torres memberikan City kemenangan selesa sekali gus meletakkan mereka di puncak Kumpulan C. – AFP

    Aksi pemain tengah Manchester City, Raheem Sterling ketika mengawal bola di depan pemain pertahanan Porto, Bissau-Guinean, Nanu semasa perlawanan Kumpulan C Liga Juara-Juara UEFA di Stadium Etihad semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda