Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Citizens perlu tebus kekecewaan

    LONDON, 17 Mac – Bacary Sagna menegaskan Manchester City akan menebus kekecewaan Liga Juara-Juara mereka dengan meraihkan kemenangan penting ke atas Liverpool, sementara pendahulu Liga Perdana, Chelsea memasang matlamat untuk lebih mendekati gelaran liga hujung minggu ini.

    Skuad Pep Guardiola telah disingkirkan daripada kejohanan elit Eropah selepas mereka melepaskan kelebihan menang 5-3 dalam perlawanan pertama untuk tewas 3-1 di Monaco menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan.

    Ia merupakan satu lagi kekecewaan besar bagi pengurus City, Guardiola, yang tidak pernah menyaksikan pasukan yang dikendalikannya sebelum City tewas sebelum mencapai suku akhir Liga Juara-Juara.

    Bekas bos Barcelona dan Bayern Munich itu dikritik teruk atas taktiknya dan pemilihan pemain di Monaco, tetapi pemain pertahanan City, Sagna menyatakan kesalahan perlu disasarkan kepada para pemain kerana tidak menunjukkan semangat juang yang cukup.

    Kelihatan pemain Manchester City, Bacary Sagna (kiri) dan Sergio Aguero (tengah) meninggalkan padang dengan reaksi kecewa selepas disingkirkan oleh Monaco daripada persaingan Liga Juara-Juara. – AP
    Kelihatan pemain Manchester City, Bacary Sagna (kiri) dan Sergio Aguero (tengah) meninggalkan padang dengan reaksi kecewa selepas disingkirkan oleh Monaco daripada persaingan Liga Juara-Juara. – AP

    jadual

    Dengan berada di tempat ketiga, City hanya satu mata di depan pasukan di tangga keempat, Liverpool yang berusaha mendapat kedudukan empat teratas liga, Guardiola memerlukan satu kebangkitan dan Sagna menyeru rakan sepasukannya untuk kembali dalam laluan kemenangan dengan mendapatkan tiga mata di Eastland tengah malam Isnin nanti.

    “Kami lupa berjuang sebagai sebuah pasukan,” kata Sagna. “Kami tersingkir

    dan kami perlu bangkit kerana perlawanan itu adalah sangat penting.

    “Saya menjangkakan satu tindak balas daripada pasukan. Saya menjangkakan kemahuan yang lebih kuat, menunjukkan lebih banyak semangat. Kami perlu bangkit kerana ia satu perlawanan sukar dan perlu memikirkan mengenai Liverpool.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda