LONDON, 15 SEPT – Manchester City tersungkur bagi kekalahan pertama Liga Perdana sejak Januari kepada pasukan yang baru dinaikkan, Norwich City, dengan keputusan 3-2 awal pagi tadi, sementara Liverpool melebarkan kelebihan mereka menjadi lima mata di persada liga dengan menewaskan Newcastle United 3-1.
Tottenham dan Chelsea bangkit untuk mencatatkan kemenangan bergaya masing-masing ke atas Crystal Palace dan Wolves. Sementara Manchester United menang tipis 1-0 ke Leicester di Old Trafford.
Bagaimanapun Liverpool menjadi pemenang terbesar hari ini selepas menyaksikan kekosongan di bahagian pertahanan City akibat kehilangan Aymeric Laporte telah bocor di Carrow Road.
Kenny McLean membuktikan masalah yang dihadapi oleh juara itu di bahagian pertahanan apabila menanduk masuk gol pembukaan dan Teemu Pukki kemudian memberikan umpanan kepada Todd Cantywell bagi menjadikannya 2-0 pada minit ke-28.
City cuba merapatkan kedudukan sebelum rehat apabila Sergio Aguero menanduk masuk hantaran lintang Bernardo Silva.
Emiliano Buendia merampas bola kawalan Otamendi dalam kawasan bahaya dan kemudian memberikan hantaran kepada Teemu bagi gol ketiga.
City terus mengasak, tetapi gol pertama Rodri ketika perlawanan berbaki dua masih sudah terlalu lewat buat City. – AFP
