Monday, September 23, 2024
32.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    City, Arsenal akan terus bersaing sengit susulan seri 2-2

    MANCHESTER, 23 SEPT – Arsenal dan Manchester City kelihatan bersedia berentap dengan lebih sengit lagi dalam Liga Perdana menentukan kemampuan Mikel Arteta mengatasi Pep Guardiola.

    Keputusan seri 2-2 di Stadium Etihad kelmarin menunjukkan Arsenal sudah pasti boleh bersaing dengan juara bertahan empat kali itu, tetapi ia juga mengesahkan kekuatan daya pertahanan City selepas mendominasi bola sepak Inggeris sejak enam tahun lalu.

    “Masih kami mempunyai semangat dalam diri kami,” kata Guardiola selepas John Stones menyelamatkan satu mata dengan gol penyamaan pada minit kelapan masa kecederaan.

    Arsenal telah menjadi naib juara dalam setiap dua tahun terakhir menetapkan penanda aras baharu di sepanjang perjalanannya tetapi masih gagal.

    Arteta dahulunya adalah bekas pembantu Guardiola di City dan kini menjadi ancaman terbesarnya.

    Kelmarin, pasukannya kelihatan seperti mampu mematahkan rekod 47 perlawanan tanpa kalah City di tempat sendiri, walaupun bemain dengan 10 pemain untuk keseluruhan separuh masa kedua selepas Leandro Trossard dibuang padang.

    Tetapi tekad Arsenal akhirnya dipatahkan oleh pemain gantian, Stones, yang menjaring masuk dari jarak dekat pada saat-saat akhir untuk menjadikan rekod City 48 perlawanan tanpa kekalahan di tempat sendiri.

    “Jelas sekali, ia sudah menjadi satu keajaiban kami bermain 56 minit di Etihad dengan 10 pemain. Sungguh sukar dipercayai apa yang kami lakukan,” kata Arteta, yang berang apabila Trossard dilayangkan kad kuning kedua kerana sengaja menendang bola keluar.

    Erling Haaland meletakkan City di hadapan dalam minit ke-9 dengan gol ke-100 untuk kelab itu dalam 105 penampilan menerusi rembatan melepasi penjaga gol Arsenal, David Raya.

    Pemain tengah City yang berpengaruh, Rodri telah meninggalkan padang pada minit ke-20 selepas kelihatan cedera lutut kanannya. Pemergiannya membuktikan titik perubahan apabila Arsenal menyamakan kedudukan hanya dua minit kemudian menerusi percubaan melencong Riccardo Calafiori dari luar kawasan.

    Magalhaes kemudian menanduk masuk dari sepakan sudut pada minit pertama masa kecederaan separuh masa pertama.

    City mendominasi separuh masa kedua tetapi kelihatan seperti kecewa dengan pertahanan degil 10 pemain Arsenal serta beberapa aksi menyelamatkan gawang mengagumkan dari Raya.

    Stones, bek tengah yang kadangkala beroperasi di bahagian tengah dibawa masuk dan Guardiola mengarahkannya membantu serangan.

    “Dia mahu saya bermain lebih dekat dengan Erling, naik lebih tinggi ke atas padang supaya apabila kami mendapat hantaran lintang, kami boleh mula memenangi lebih banyak pertembungan udara,” kata Stones.

    Keputusan seri itu menamatkan rekod kemenangan 100% City dalam musim liga, tetapi mendahului satu mata di hadapan Liverpool di tempat kedua dan Aston Villa di tempat ketiga. Sementara Arsenal ketinggalan dua mata daripada pendahulu di tempat keempat.

    Arteta berkata pemainnya rasa “benar-benar kecewa” di bilik persalinan selepas melihat kemenangan diragut begitu lewat.

    “Tetapi, juga, mereka tahu bahawa mereka telah membuat satu lagi langkah besar hari ini,” katanya. – AP

    John Stones (tengah) menjaringkan gol kedua menentang Arsenal di stadium Etihad di Manchester kelmarin. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda