City bakal beri laluan penghormatan untuk The Reds

LONDON, 28 JUN – Pep Guardiola semalam mengesahkan bahawa pasukannya Manchester City akan memberikan juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool laluan penghormatan ketika perlawanan di antara kedua-kedua kelab minggu depan.

Gelaran EPL pertama Liverpool dalam 30 tahun dinobat pada dua hari lalu ketika City tewas 2-1 menentang Chelsea.

Dua pertemuan kelab teratas liga akan berlangsung di Stadium Etihad Khamis depan, Guardiola sebelum ini telah memenangi dua gelaran EPL berturut-turut, mengatakan Liverpool layak diberi tradisi laluan penghormatan.

“Tentu saja kami akan melakukannya,” kata Guardiola. “Kami tentu akan melakukan laluan penghormatan kepada juara liga.

“Selalu kami menerima Liverpool ketika mereka datang ke stadium kami dengan cara yang luar biasa.

Tentu saja kami akan melakukannya kerana mereka layak mendapatkannya.”

Pep menolak bahawa pasukannya tidak bermotivasi pada musim ini, walaupun Liverpool memenangi gelaran liga ke-19 mereka dengan berbaki tujuh perlawanan lagi.

“Pasukan yang memenangi lapan gelaran dalam tiga tahun terakhir mempunyai semangat dalam setiap pertandingan, di mana-mana,” tambah Guardiola, yang memimpin City menjuarai Piala Liga ketiga berturut-turut sebelum bola sepak ditangguhkan pada bulan Mac lalu. – AFP

Reaksi Pengurus Manchester City, Pep Guardiola semasa di bangku simpanan ketika perlawanan EPL antara Chelsea dan Manchester City di Stamford Bridge, di London, pada 25 Jun. Pep Guardiola semalam mengesahkan bahawa pasukannya akan memberikan Liverpool laluan penghormatan. – AP