Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    City buru gelaran Liga Perdana

    MANCHESTER, 8 OGOS – Manchester City akan memulakan usaha untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila berkunjung ke Burnley yang baru naik ke liga utama, awal Sabtu ini.

    Skuad bimbingan Pep Guardiola pastinya akan berusaha menyekat kemaraan beberapa pencabar utama mereka yang bercita-cita tinggi untuk merampas gelaran juara liga.
    Arsenal dan Manchester United sudah berbelanja besar untuk berusaha menamatkan penantian kemarau kejuaraan EPL manakala Liverpool dan Chelsea dijangka bangkit daripada kekecewaan musim lalu.

    Tetapi jendela perpindahan kelab Inggeris dibayangi dengan tawaran cukup lumayan dari kelab di liga Arab Saudi.

    City bukan sahaja memenangi EPL untuk kali keempat dalam tempoh lima tahun musim lalu, tetapi melengkapkan treble selepas menjulang Piala FA dan trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama untuk kelab itu.

    Guardiola yakin City akan menyahut cabaran untuk muncul pasukan pertama yang pernah memenangi empat kejuaraan Liga Perdana berturut-turut.

    “Kami sudah melakukannya pada masa lalu, kenapa tidak kami lakukannya sekarang? Apa yang sudah kami lakukan berada dalam hati dan fikiran kami, namun kami tidak boleh berhenti setakat itu sahaja,” kata Guardiola. – AFP

    Aksi Erling Haaland semasa perlawanan di antara Arsenal dan Manchester City di Stadium Wembley di London pada 6 Ogos 2023. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Pasukan Dodgeball Brunei sertai ADC

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...