Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    City capai persetujuan beli Haaland

    LONDON, 11 MEI – Manchester City kelmarin mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk menandatangani penyerang bintang Erling Haaland dari Borussia Dortmund dan perpindahan itu jelas tidak menyenangkan kepada pesaing The Citizens.

    Pemain kelahiran Norway itu dilaporkan akan berhijrah ke Etihad selepas juara Liga Perdana itu bersetuju untuk membayar klausa pelepasan sebanyak 60 juta euro.

    Perjanjian mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu telah menamatkan pencarian City untuk mendapatkan penyerang sejati bagi menggantikan penjaring terbanyak Sergio Aguero, yang meninggalkan kelab tahun lalu.

    Kelab itu gagal dalam usaha untuk mendapatkan ketua pasukan England, Harry Kane dari Tottenham Hotspur pada musim panas lalu.

    Haaland, yang ayahnya Alf-Inge pernah mewakili City dari 2000 hingga 2003, bermain dengan cemerlang sejak menyertai Dortmund dari RB Salzburg pada Januari 2020, menjaringkan 85 gol dalam 88 penampilan untuk pasukan Jerman itu.

    Spekulasi yang mengaitkan City dengan Haaland semakin kencang sejak beberapa minggu kebelakangan, dengan laporan pada Isnin lalu mendakwa pemain itu telah menjalani pemeriksaan perubatan.

    Pengurus Pep Guardiola enggan membincangkan situasi itu dalam sidang akhbar kelmarin kerana ingin memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Wolves, tetapi dipercayai perjanjian tersebut semakin hampir dimeterai.

    Sejurus persetujuan perpindahan Haaland diumumkan, pertahanan tengah City, Aymeric Laporte menulis dalam laman Twitter beliau, “Gembira kerana tidak perlu berlari mengejar pemain ini untuk beberapa tahun akan datang. Selamat datang Erling.” – AFP

    Penyerang Borussia Dormund, Erling Haaland disahkan akan berpindah ke Manchester City. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...