City, Crystal Palace berkongsi mata

LONDON, 19 JAN – Jurulatih Manchester City Pep Guardiola yang menyambut hari kelahirannya kelmarin terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2 apabila pemain pertahanannya Fernandinho menjaring gol sendiri di minit terakhir perlawanan menentang Crystal Palace.

Berberapa perlawanan juga berlangsung hari ini, di mana buat pertama kalinya Liga Perdana Inggeris menyiarkan sistem VAR di Norwich ketika menentang Bournemouth, Tottenham seri tanpa jaringan berdepan Watford dan Arsenal terikat 1-1 ketika menentang Sheffield United.

Perlawanan yang penuh drama di Stadium Etihad menjadi suram apabila City tidak dapat mempertahankan setelah mendahului 2-1 di minit terakhir babak kedua perlawanan. Guardiola tidak teruja untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-49 tahun selepas mendapat keputusan perlawanan dan harapan untuk mempertahankan sebagai juara bertahan semakin hancur.

Juara bertahan Manchester City ketinggalan 13 mata dengan Liverpool yang berada di tempat pertama yang akan menentang musuh tradisinya Manchester United hari ini.

“Ia adalah perlawanan yang sengit. Sukar untuk menganalisa apabila mereka membuat sepakan sudut dan tiada banyak peluang,” Guardiola berkata.

“Saya memberikan arahan untuk lebih banyak mengawal bola di petak lawan dan cuba untuk mengawal bola Wilfried Zaha apabila serangan berlaku. Kami mempunyai banyak peluang tetapi tidak dapat memenanginya.”

Cenk Tosun telah mencipta jaringan pertama liga sejak perpindahan pinjaman dari Everton, pemain penyerang dari Turki itu berjaya menjaringkan gol dari jarak dekat menerusi hantaran Martin Kelly pada minit 39 perlawanan. – AFP

Reaksi ketua jurulatih Manchester City Pep Guardiola (Kanan) dan pengurus Crystal Palace Roy Hodson ketika perlawanan di Stadium Etihad kelmarin. – AP