Saturday, December 28, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    City, Everton berkongsi mata

    LONDON, 27 DIS – Sepakan penalti Erling Haaland berjaya diselamatkan pada separuh masa kedua apabila Manchester City gagal menamatkan rentak suram mereka dengan keputusan seri 1-1 menentang Everton, kelmarin.

    Juara, City, hanya mencatatkan satu kemenangan dalam 13 perlawanan terakhirnya dalam semua pertandingan di mana jadual perlawanan Krismas pasukan itu bermula dengan kekecewaan.

    Bernardo Silva meletakkan City di hadapan sebelum Iliman Ndiaye menyelamatkan satu mata untuk Everton.

    City turun di tangga ketujuh dengan lima mata di belakang empat pasukan teratas.

    Pengurus City, Pep Guardiola, mengakui sebelum perlawanan bahawa pasukannya yang bermasalah berisiko gagal layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun.

    “Sudah tentu kami memerlukan keputusan terbaik akan tetapi kami tidak memperolehinya.

    “Pasukan kami bermain sangat baik pada semua perlawanan dan malangnya tidak beroleh kemenangan,” kata Guardiola.

    Everton mengekalkan rekod tanpa bolos lima daripada enam perlawanan terakhir mereka, akan tetapi pada kali ini telah dibolosi hanya selepas 14 minit.

    Everton kemudian menyamakan kedudukan apabila Manuel Akanji melakukan percubaan untuk melepasi Ndiaye, yang merembat ke penjuru atas untuk gol pertama Everton di tempat lawan dalam tempoh dua bulan. – AFP

    Haaland gagal menjaringkan sepakan penalti semasa perlawanan bola sepak di stadium Etihad di Manchester pada 26 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda