Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    City harap tuah musim luruh

    MANCHESTER, 30 OGOS – Manchester City mungkin ketinggalan dua mata di belakang Liverpool pada awal musim dalam persaingan merebut mahkota Liga Perdana Inggeris namun peluang menanti pasukan juara itu dalam tempoh dua bulan bermula dengan kunjungan Brighton ke Etihad malam esok.

    Kehadiran Seagulls adalah aksi pertama daripada lapan perlawanan Liga Perdana yang akan dihadapi anak buah Pep Guardiola menentang pasukan di luar kelompok “enam teratas” sebelum aksi getir kunjungan ke Liverpool pada 9 November depan. Ia mungkin melihatkan City bertandang ke Anfield dengan pendahuluan selesa dalam perebutan kejuaraan ketika Liverpool terpaksa berdepan Chelsea, Manchester United dan Tottenham dalam tempoh itu.

    Berdasarkan dua musim terdahulu ketika City merangkul kejuaraan, Guardiola menjangkakan pasukannya akan meraih mata maksimum dalam beberapa bulan akan datang. Termasuk kemenangan selesa musim ini di laman lawan menentang West Ham dan Bournemouth – dengan jumlah jaringan 8-1 – sejak permulaan musim 2017-18, City sudah menang 50 daripada 58 perlawanan yang dilalui menentang 14 kelab di luar kelompok enam teratas Liga Perdana.

    Liverpool, pasukan tunggal yang memulakan musim baharu dengan tiga kemenangan dalam tiga perlawanan, pasti berharap musuh ketatnya itu terus merudum. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda