LONDON, 26 JUN – Sebaik sahaja kontraknya tamat, midfield Sepanyol David Silva (gambar bawah) mengesahkan akan meninggalkan Manchester City pada akhir musim depan.
Silva merupakan salah seorang pemain City paling berjaya setelah memenangi empat gelaran Liga Perdana, dua Piala FA dan empat Piala Liga sejak berpindah dari Valencia pada 2010.
Dia menjaringkan gol ke-71 dalam 396 penampilan untuk juara bertahan Inggeris itu setakat ini pada final Piala FA bulan lalu ketika City melengkapkan treble domestik pertama dalam bola sepak Inggeris.
Bagaimanapun, pemain berusia 33 tahun itu percaya bahawa selepas melengkapkan satu dekad di Manchester adalah masa yang tepat untuk melangkah pergi.
“Ini adalah yang terakhir,” kata Silva kepada wartawan di tempat kelahirannya Gran Canaria. “Sepuluh tahun untuk saya sudah mencukupi. Ia adalah masa yang tepat untuk saya.
“Pada mulanya, City bercakap dua tahun tetapi saya memutuskan untuk menandatangani satu lagi, jadi saya selesai pada 10 tahun.
“Ia melengkapkan kitaran. Angka pusingan yang bagus. Saya tidak dapat melihat diri saya menentang City untuk pasukan lain.”
Silva terlepas kemenangan City musim 2017/18 kerana kembali ke Sepanyol di mana anak lelakinya Mate yang lahir pramatang menjalani rawatan di hospital. – AFP