Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    City kalah mengejut 2-1 kepada Bournemouth

    LONDON, 3 NOV – Rekod 32 perlawanan tanpa kalah Manchester City dalam Liga Perdana berakhir dengan kekalahan 2-1 di Bournemouth kelmarin sekali gus juara Inggeris terjatuh dari tangga teratas liga berada di bawah Liverpool.

    Cherries meledak kedua-dua belah separuh masa melalui Antoine Semenyo dan Evanilson, sebelum Josko Gvardiol membalas satu gol untuk City.

    Anak buah Pep Guardiola ditewaskan buat kali pertama musim susulan disingkir Tottenham pada pertengahan minggu dari Piala Liga dan juga ditambah dengan beberapa kecederaan.

    Guardiola berkata sebelum perlawanan bahawa ramai anak buahnya masih bermain dengan kesengsaraan tetapi Bournemouth, yang menewaskan Arsenal dalam perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri, menambah garam di luka pelawat.

    Semenyo berpusing dan terus membuat jaringan setelah menerima hantaran lintang Milos Kerkez di hadapan gol untuk membuka jaringan pada minit sembilan.

    Kemudiannya Evanilson menambah jaringan dari hantaran Kerkez sejurus selepas satu jam permainan.

    Tandukan Gvardiol dari hantaran lintang Ilkay Gundogan pula memberi harapan kepada City lapan minit sebelum tamat.

    Erling Haaland sepatutnya merampas satu mata jauh ke dalam masa kecederaan apabila percubaannya terkena tiang.

    Keputusan akhir menjadikan City ketinggalan dua mata di belakang Liverpool, yang bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Brighton 2-1 di Anfield. – AFP

    Josko Gvardiol menanduk bola menjaringkan gol pertama pasukannya menentang Bournemouth di stadium Vitality di Bournemouth, England kelmarin. –  AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda