Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    City kecundang, Forest buru tempat Liga Juara-Juara musim depan

    MANCHESTER, 16 MAC – Manchester City gagal meredakan kebimbangan sama ada layak ke Liga Juara-Juara musim depan, selepas dua kali mensia-siakan pendahuluan sebelum seri 2-2 menentang Brighton, sementara Nottingham Forest yang berada di tempat ketiga membelasah Ipswich 4-2 semalam.

    Erling Haaland dan Omar Marmoush meletakkan City di hadapan, tetapi Brighton yang sedang berada dalam prestasi cemerlang melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada tujuh perlawanan hasil sepakan percuma Pervis Estupinan dan gol sendiri Abdukodir Khusanov.

    Pengurus City, Pep Guardiola pada Jumaat berkata bahawa sekadar layak ke Liga Juara-Juara musim depan akan menjadi ‘kejayaan besar’ selepas musim yang sukar bagi pasukannya yang biasa mendominasi liga perdana Inggeris.

    Penyingkiran awal juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu daripada saingan Eropah kepada Real Madrid sekurang-kurangnya memberikan mereka seminggu penuh untuk membuat persiapan untuk bangkit daripada kekalahan mengecewakan 1-0 di Forest minggu lalu.

    Marmoush kembali ke kesebelasan utama dan menjadi antara pemain paling menyerlah dalam serangan City.

    Pemain Mesir itu memenangi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Haaland, menjaringkan gol ke-29 musim ini.

    Namun, kelebihan City hanya bertahan 10 minit sebelum Estupinan melepaskan sepakan percuma yang terkena tiang sebelum menerjah jaring melepasi Stefan Ortega yang terpaku di gawang City. – AFP

    Aksi Omar Marmoush cuba melakukan rembatan ke arah gawang dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, pada 15 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda