Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    City kembali jalani latihan

    LONDON, 31 DIS – Manchester City akan kembali menjalani latihan hari ini selepas tiada kes positif baharu koronavirus dilaporkan berikutan pusingan ujian terkini.

    City menjalani ujian sekali lagi bagi skuad utama dan kakitangannya selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Isnin menentang Everton ditunda disebabkan ujian positif COVID-19.

    City mengumumkan dua orang pemain – Gabriel Jesus dan Kyle Walker – dan dua orang kakitangan turut diuji positif pada Hari Krismas.

    Tiga lagi ujian positif dilaporkan pada Isnin menjelang perlawanan yang dijadualkan di Goodison Park.

    Lebih banyak ujian akan dilakukan pada minggu ini, keputusan akan memutuskan sama pada perlawanan City yang akan membuat kunjungan ke Chelsea dan perlawanan separuh akhir Piala Liga separuh akhir menentang Manchester United akan dapat teruskan.

    Kompleks latihan kelab telah dibuka semula selepas menjalani pembersihan.

    “Manchester City FC mengesahkan bahawa latihan bagi pasukan utama akan disambung semula di Akademi Bola sepak City petang ini,” menurut kenyataan.

    “Gelembung COVID-19 penuh telah menjalani ujian kelmarin (Selasa) dan keputusan setakat ini mendedahkan tiada kes baharu dicatatkan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda