BURNLEY, 29 April – Manchester City masih mengawal pemburuan gelaran Liga Perdana selepas skuad Pep Guardiola menang 1-0 ke atas Burnley, semalam.
Jaringan ke-31 Sergio Aguero musim ini melintas sedikit di garisan gol sebelum dikeluarkan Matthew Lowton, namun teknologi garisan gol membenarkan gol berkenaan dan City kini satu mata di depan Liverpool berbaki dua perlawanan buat kedua-dua pasukan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)