Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    City mahu tingkatkan kapasiti stadium

    MANCHESTER, 18 APRIL – Manchester City telah mengemukakan permohonan perancangan untuk memperluas kapasiti Stadium Etihad mereka kepada lebih daripada 60,000 tempat duduk, sambil menambah hotel, muzium, dan kemudahan lain dalam pelaburan bernilai £300 juta.

    Rancangan ini akan menambah kira-kira 7,000 tempat duduk baharu di stadium tersebut serta kawasan kipas bertutup baharu, kedai-kedai, muzium, dan hotel berkapasiti 400 katil.

    Minggu lalu, Stadium Etihad telah dimasukkan dalam senarai 10 stadium yang akan dijadikan tempat perlawanan jika tawaran bersama United Kingdom (UK) dan Ireland untuk menganjurkan Euro 2028 berjaya, dengan kapasiti baharu yang dirancang sebanyak 61,000 tempat duduk.

    “Sejak beberapa bulan yang lalu, kami telah membangunkan konsep dan reka bentuk untuk pengalaman terbaik buat peminat serta destinasi hiburan dan rekreasi sepanjang tahun di Stadium Etihad dan kami gembira kerana telah mengemukakan permohonan perancangan kepada Majlis Bandaraya Manchester,” kata Pengarah Urusan Operasi Manchester City, Danny Wilson.

    “Sama seperti dengan semua pembangunan kelab, memastikan manfaat kepada komuniti tempatan adalah keutamaan kami. Selain itu, kami percaya cadangan ini akan memberikan peluang ekonomi dan sosial jangka panjang, memperkukuhkan kerja pemulihan yang telah dijalankan oleh City Football Group di Timur Manchester sejak 2008.”

    Sejak pengambilalihan yang di-biayai oleh Abu Dhabi 15 tahun yang lalu, kawasan sekitar Etihad telah me-ngalami transformasi.
    Kampus Etihad, yang merangkumi tempat latihan dan ibu pejabat kelab, telah dibuka pada tahun 2012 dan perluasan sebelumnya pada bahagian selatan Etihad telah selesai pada tahun 2015. – AFP

    Reaksi pemain Manchester City, John Stones (kiri), meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pembukaan pasukannya semasa Leicester City di Stadium Etihad, England, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda