City mudah lepasi halangan Piala Liga

LONDON, 22 SEPT – Manchester City memulakan cabaran mereka untuk menjulang trofi Piala Liga buat kali kelima berturut-turut dengan kemenangan besar 6-1 ke atas Wycombe, sementara penyerang Liverpool dari Jepun, Takumi Minamino memberikan inspirasi kemenangan buat Liverpool ke atas Norwich 3-0, awal pagi tadi.

Manakala Everton dan Watford menjadi pasukan Liga Perdana Inggeris yang tersingkir di pusingan ketiga, setelah masing-masing tewas di tangan QPR dan Stoke.

City akan memintas rekod sembilan Piala Liga yang dicatat oleh Liverpool sekiranya mereka berjaya menjulang trofi tersebut musim ini.

Pasukan juara bertahan itu memulakan misi tersebut dengan cemerlang dan Pep Guardiola menurunkan pasukan menyerang yang kuat dibarisi oleh Kevin De Bruyne, Phil Foden, Raheem Sterling, Ferran Torres dan Riyad Mahrez di Stadium Etihad.

City, yang juga menurunkan enam pemain akademi, di mana mereka dikejutkan dengan gol Brandon Hanlan pada minit ke-22, gol pertamanya untuk Wycombe.

Aksi Kevin De Bruyne mengawal bola semasa pertemuan di Piala Liga menentang Wycombe, awal pagi tadi. – AP

Namun anak buah Pep Guardiola berjaya menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian apabil De Bruyne berlari mengutip bola hantaran Foden dan membuat percubaan untuk mencetak gol pertamanya sejak Mei.

Mahrez kemudian meletakkan City di hadapan menerusi penyudah menarik dua minit sebelum separuh masa selepas usaha keras Josh Wilson-Ebrand.

Foden berjaya menambah mata jaringan beberapa saat kemudian, menerima bola hantaran sudut pendek dan membuat percubaan dari jarak 25 ela.

Torres menjadikan kedudukan 4-1 pada minit ke-71 dengan percubaan jarak dekat dan Mahrez berjaya menjaringkan gol pertama City serta Cole Palmer melengkapkan kemenangan dengan jaringan sulungnya bersama City.

“Saya perlu berterima kasih kepada pemain akademi. Mereka melakukan tugas dengan luar biasa,” ujar Guardiola.- AFP