Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    City mula kempen EPL

    MANCHESTER, 10 OGOS – Manchester City membuka musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan berkunjung ke Burnley esok untuk memulakan kempen mereka muncul pasukan pertama memenangi kejuaraan liga empat kali berturut-turut.

    Arsenal pula pasti mahu terus memberi saingan sengit kepada City dan akan turun melayan kunjungan Nottingham Forest, Sabtu ini.

    City masih lagi menikmati kejayaan musim lalu selepas muncul juara Liga Juara-Juara buat kali pertama selain menjulang Liga Perdana dan Piala FA.

    Pep Guardiola berdepan cabaran apabila kapten, Ilkay Gundogan berhijrah ke Barcelona dan tawaran lumayan dari Arab Saudi menyaksikan sukar untuk Riyad Mahrez menolaknya.

    City juga terpaksa berjuang untuk mengekalkan Kyle Walker dan Bernardo Silva, manakala dua pemain Croatia, Mateo Kovacic serta Josko Gvardiol adalah pendatang baharu dalam kelab itu.

    Rakan sejawatan yang akan ditemui Guardiola pada perlawanan pertama itu adalah legenda City, Vincent Kompany yang pantas membuktikan dirinya selaku antara pengendali paling berbakat.

    Bekas kapten Belgium itu mengubah nasib kelab yang mengalami krisis semasa musim pertamanya di Turf Moor apabila kembali membawa Burnley ke Liga Perdana ketika berbaki tujuh perlawanan.

    Mendapat inspirasi daripada Guardiola, Kompany berjaya mengubah Burnley menjadi pasukan yang sentiasa menguasai bola.

    “Saya akan bermain setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun menentang pasukan setaraf Man City. Itu adalah cara terbaik untuk menjadi yang terbaik,” kata Kompany. – AFP

    Erling Haaland dicabar oleh penjaga gol Andre Onana semasa perlawanan di antara Manchester City dan Inter Milan di Stadium Olimpik Ataturk di Istanbul, Turkiye pada 10 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda