Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    City temui pengganti Kompany

    MANCHESTER, 29 SEPT – Selepas 16 bulan berlalu, Manchester City kini akhirnya menemui pengganti kepada ketua pasukan yang lama berkhidmat, Vincent Kompany.

    Pemain kebangsaan Portugal, Ruben Dias semakin hampir menyertai City dari Benfica kelmarin, dengan pasukan Portugal tersebut mengatakan pemain pertahanan itu akan berpindah dengan bayaran perpindahan berjumlah 68 juta euro.

    Benfica turut mengatakan bahawa Nicolas Otamendi akan menyertai mereka dari City dengan perpindahan sebanyak 15 juta euro.

    City belum mengesahkan perpindahan itu.

    Kompany menamatkan karier 11 tahun bersama City pada Mei 2019 tetapi City belum menemui pengganti musim lalu, apabila City melucutkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Liverpool.

    Meskipun City telah menandatangani Nathan Ake sebanyak 40 juta pound semasa musim perpindahan ini sebagai pemain gantian kepada Aymeric Laporte, City masih lagi mencari pemain pertahanan untuk menggantikan Kompany.

    Jones Stones dan Eric Garcia turut bermain di posisi itu dalam dua perlawanan liga City setakat ini pada musim ini, tetapi masa depan kedua-duanya masih tidak terjamin.

    Garcia telah dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona, sementara Stones telah diketepikan bagi sebahagian besar musim lalu.

    Dias yang berusia 23 tahun merupakan seorang lagi pemain pertahanan tinggi dan kuat serta selesa menendang bola. Dias pernah mewakili Portugal sebanyak 19 kali.

    Dia telah mengukuhkan kedudukannya selaku pilihan tetap dengan pasukan kebangsaan selepas menjadi ahli skuad pada Piala Dunia 2018 di Rusia.

    Dias merupakan pemain dari akademi Benfica, menyertai pasukan senior pada 2015. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda