Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    City tundukkan Chelsea

    LONDON, 6 JAN – Juara bertahan Manchester City menewaskan Chelsea 1-0 kelmarin untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana, Arsenal dengan hanya lima mata.

    Anak buah Pep Guardiola mempamerkan mutu permainan hambar pada separuh masa pertama tetapi merubah permainan selepas rehat apabila pemain gantian Jack Grealish dan Riyad Mahrez bergabung untuk menghasilkan gol tunggal, dijaringkan oleh pemain Algeria itu pada minit ke-63.

    Chelsea kendalian Graham Potter menyertai perlawanan di Stamford Bridge dengan menduduki tempat ke-10 liga namun mereka mempunyai permainan yang baik dalam 45 minit pembukaan permainan.

    Bagaimanapun, ia adalah situasi berbeza pada separuh masa kedua apabila pelawat menemui rentak serangan mereka, dengan Guardiola mengakui mereka ‘jauh lebih baik’ selepas rehat.

    Chelsea, tidak mempunyai pemain senior termasuk Mason Mount dan Reece James, kehilangan penyerang Raheem Sterling akibat kecederaan hamstring pada minit pembukaan, dan digantikan oleh Pierre-Emerick Aubameyang.

    Pasukan tuan rumah mula menyerang dengan serius tetapi pertahanan City, John Stones masuk untuk menyelamatkan City pada minit ke-16 dan menafikan percubaan penyerang AS, Christian Pulisic.

    Pemain remaja Carney Chukwuemeka, yang menggantikan Pulisic, hampir membuat impak serta-merta tetapi rembatannya disekat dan percubaan Hakim Ziyech berjaya diselamatkan oleh penjaga gol City, Ederson.

    Erling Haaland, yang menjaringkan 21 gol Liga Perdana musim ini, dengan lebih banyak daripada keseluruhan pasukan Chelsea.

    Tetapi Chelsea terus menjadi pasukan yang lebih berbahaya dan hampir memecah kebuntuan apabila percubaan Chukwuemeka terkena tiang sebelum separuh masa pertama. – AFP

    Aksi Erling Haaland (kiri) dan Kalidou Koulibaly. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Berita Berkaitan

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    Rumah Raheem Sterling dipecah masuk lagi

    LONDON, 14 NOV- Pemain sayap Chelsea, Raheem Sterling dan...

    Gabungan PM al-Sudani menang pilihan raya parlimen Iraq

    BAGHDAD, 13 NOV - Gabungan dipimpin Perdana Menteri Iraq...

    Sunderland akhiri rentetan kemenangan Arsenal

    LONDON, 9 NOV - Rentetan kemenangan 10 perlawanan Arsenal...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...